Geram tengok sebab dah ranum sgt..Juicy sgt rasanya dan manis..Tak puas makan
Rasanya jenis tomato kecil. Besar sikit daripada tomato ceri. Tak pasti samada jenis baka M1T1 yang didermakan oleh Encik Iskandar daripada tanamsendiri.com atau baka benih yg dibeli daripada TESCO..Tak tau kenapa pokok tomato di kebun saya selalu kena penyakit yg putih-putih tu (lupa nama) kat bawah daunnya..Banyak dah dahan dan daun yg saya cantas.Musim ni, bendi pun tak berapa galak macam dulu. Kurus-kurus aje bendi kali ni. Mungkin tanah tak berapa nak subur dah agaknya...Anyway, semalam sebenarnya, saya ternampak 1 lagi benda yg mengujakan saya. Check it out, folks!
Nampak tak ada puik bunga terung yg muncul? To tell you thetruth I am very impatient with brinjals. Dulu pernah tanam sekali. Dah naik 2 bulan macam tu je tumbesarannya, saya naik angin lalu saya cabut pokoknya. Tapi bila nampak terung berjuntai2 di laman Encik Iskandar, teringin nak tanam lagi. Yg ni pun saya tak pasti baka mana..samada baka 'bride' atau terung pendek. Yg penting, dah nampak putik bunga, hati saya sudah terubat. Mintak2lah, kali ni saya dapat merasa terung tanam sendiri.
Yg ni pulak nak cerita pasal kesum/ daun laksa. Saya hanya guna daun kesum bila nak masak asam pedas. Dah lama nak tanam daun kesum dalam bekas baru tapi x berkesempatan. Petang tadi, hujan-hujan saya pergi cucuk ranting kesum dalam pot baru. Kalau nak tau rahsia tanam kesum, ranting/ batang kesum yg dicucuk mestilah ranting yg baru. Kalau beli kat pasar dah agak layu, memang tak jadi..Ni saya berani cakap sebab saya dah bereksperimen banyak kali. Serai pun guna prinsip yg sama. Jenuh lama dulu saya cucuk batang serai x tumbuh2..rupanya nak kena serai baru..:)..Ni dia pot kesum yg baru.. Sebenarnya daunnya kena potong sedikit, tinggalkan top 2 leaves..tapi hujan punya pasal, bedal jelah..
Saya teringat time mula2 menjinakkan diri dengan hobi berkebun ni..teringin nak rasa sawi sendiri..Tapi tanam sawi asyik tak menjadi sahaja..Tapi entah kenapa,kali ni saya tanam sawi bawah porch. Ini kerana melalui eksperimen, saya dapati sawi tak boleh terlebih air siraman. Kalau musim hujan, matilah pokok-pokok sawi saya. So, kali ni saya tanam bawah porch yg kena matahari pagi dan siram sekali sehari sahaja. Kadang-kadang 2 kali sehari kalau tak sempat. Cuba tengok sawi saya ni. Dah 3 kali makan. Sawi ni jenis 'cut and come back'. Potong je daun dan batang sikit, tunggu seminggu 2 nanti dia tumbuh balik..
Seronok tau tanam sendiri. Macam hari tu, saya pulang bercuti di rumah mak dan mak mentua. Balik ke rumah, buka peti sejuk dah takde sayur untuk dimasak. Last2, keluar sahaja ke laman, potong sawi, petik bendi, dah boleh jadi lauk. macam hari ni, saya berlaukkan ikan merah masak asam pedas menggunakan daun kesum dan bendi tanam sendiri serta sawi goreng tanam sendiri. Ha, kan jimat namanya tu..bebas baja kimia, dan dijamin HALAL! Hehehe...Oleh itu, petang tadi, saya tanam serai baru dalam bekas polisterin yg saya ambil daripada makmal. Sebab serai depan rumah makin berkurangan dikerjakan saya. baik tanam yg baru..
Nanti nak tanam lagi dalam 2 lubang yg lain..hujan petang tadi kena buat apa yg boleh jelah..Think that's enuff for today..Saya ingin mengambil kesempatan to all readers, "Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin".
|